Aku Dan X...: Aku dan Travian - Pengenalan

Waktu Malaysia



Page Hits :

Thursday, March 5, 2009

Aku dan Travian - Pengenalan

Yup, masih bercerita tentang Travian... jangan marah ek... hehhe... mungkin saya patut namakan blog ini "Aku dan Travian" tapi saya mahukan sesuatu yang lebih bersifat universal... sebab itulah saya namakan blog ini "Aku dan X". Bukan apa, cuma nanti kalau dah kering idea nak tulis apa tentang Travian, sayaboleh tukar tajuk lain pula... itulah gunanya pemboleh ubah "X" kan... hehehe...

Travian bukanlah suatu permainan yang memerlukan perkakasan komputer (hardware) yang tingi kerana ia bukanlah bersifat visual/grafik, animasi pun tidak ada... Ia lebih kepada permainan bercorak data dan statistik (tapi tidak statik) kerana akan ada banyak "aksi" serang-menyerang pasti berlaku. Jika kampung anda tidak menyerang, kampung anda sudah hampir pasti akan diserang !!! Ini adalah kenyataan yang harus anda terima dalam dunia Travian ini. Sekalipun anda menyertai mana-mana Persekutuan (ally/guild), ianya hanya akan mengurangkan sedikit "musuh" anda, tetapi tidak akan menjamin kampung anda tidak akan diserang. Perlu diingat, penyertaan dalam mana-mana Persekutuan hanyalah bersifat sementara - anda boleh masuk atau keluar dari Persekutuan itu jika mahu dan menyertai lain-lain Persekutuan (mmm...macam katak pulak, boleh lompat-lompat) , atau anda boleh memilih untuk menjadi calon bebas seperti saya... hehehe...


Saya sudah daftar menyertai Travian - adakah saya keseorangan???

TIDAK!!! Anda tidak keseorangan di dunia Travian. Pada waktu artikel ini ditulis, sudah terdapat 28 589 pemain yang telah berdaftar untuk ketiga-tiga server di Malaysia sahaja. Ramai lagi pemain di seluruh dunia. Anda boleh pilih untuk menyertai mana-mana server yang anda suka, sama ada server 1, 2 atau 3, ataupun server-server diluar negara sekalipun. Yang pasti, hanya satu akaun email dibenarkan mendaftar untuk satu akaun di satu-satu server, dan anda akan dikira "menipu" jika mendaftarkan akaun di Travian menggunakan banyak email. Aku tidak pasti bagaimana mereka mengesan penipu-penipu ini, tapi jika terkantoi, akaun anda akan dibatalkan.

Untuk melihat "jiran-jiran" sekeliling anda, anda bolehlah menekan butang "Peta" atau butang ketiga di atas gambarajah kampung anda. Berikut adalah paparan jiran-jiran terdekat saya :

Lihatlah kedudukan yang begitu dekat antara saya dengan musuh ketat saya itu... Sungguh memilukan. Hehehe... Hanya mengambil masa dalam 10 minit untuk menyerang kampung saya. Jika anda menyertai komuniti Travian ini, kedudukan kampung anda akan ditentukan secara rambang. Anda boleh memilih posisi anda (utara, selatan dll) tapi anda tidak boleh memilih kordinat anda.

Nasib anda agak malang jika berada di lokasi yang pemain-pemainnya aktif membangunkan kampung masing-masing. Tetapi, jika anda yang aktif, tidak mustahil anda akan "menguasai" kawasan anda. Harus diiingat, ini adalah sebahagian kecil kampung-kampung yang ada di dunia Travian ini. Anda boleh melihat kampung-kampung lain dengan menekan anak panah hijau di tepi peta atau memasukkan kordinat kampung di kotak X dan Y...

"Lubuk emas" adalah istilah yang saya gunakan untuk merujuk kepada kampung-kampung "terpilih" yang tidak mempunyai askar pertahanan dan/atau belum menyertai mana-mana Persekutuan, tetapi mempunyai sumber-sumber yang agak banyak untuk dirampas. Dirampas??? Ya, sekarang saya sedang menggiatkan usaha untuk merampas sumber-sumber untuk membangunkan kampung saya.

Harus diingat, Travian adalah permainan bercorak peperangan, dan selain menyerang untuk memusnahkan musuh dan sumber, kita juga boleh merampas sumber-sumber (bukan anak dara atau bini orang yer...) untuk membangunkan kampung kita. Berapa sumber yang mampu dirampas bergantung kepada kuantiti sumber yang tidak disimpan di gua-gua kampung musuh, bilangan askar perampas , jenis askar penyerang dan juga berapa askar penyerang yang terselamat.

Sekian dulu, jumpa lagi...

2 comments :

  1. Hohohoho...
    travian itu membosankan..
    terlalu lama menunggu..
    seanadainya waktu pembangunan dan segala macamnya di persingkat kira2 hanya max batas pemabngunan adalah 1 jam..
    tentu permainan ini akan lebih menarik dan seru!!jadi org yg memiliki waktu sedikit tetap bisa berkembang!!!
    Sayangnya saran ini tidak pernah di hiraukan!!

    ReplyDelete
  2. dari komen kamu, aku kira kamu anak indonesia ya...hehehe...makasih kerna sudi ke blog aku ya...apa kamu belum pernah dengar server speed travian???coba aja dech...pasti seru...di server ini, kecepatannya diganda 3...cepet mo siapin kerja pembangunan...mo coba???coba ya di server malaysia, kerna rame banget anak2 indonesia main di situ... klik aja sini http://www.travian.com.my/?uc=my3_822

    makasih

    ReplyDelete