Aku Dan X...: Aku dan Travian - Suatu Permulaan

Waktu Malaysia



Page Hits :

Thursday, March 5, 2009

Aku dan Travian - Suatu Permulaan

Assalamualaikum...

Hye... Kenalkan 'X' pertama saya... namanya Travian. Banyak rasanya yang akan di sentuh dalam hal ini. Hanya masa dan kesempatan yang akan membataskannya... Apa itu Travian ??? Ia adalah sebuah laman permainan dalam talian (online gaming website) yang mana pemain-pemain dari serata dunia berkumpul, membina dan membangunkan kampung masing. Kalau anda tidak berpeluang untuk jadi ketua kampung di kampung anda, mari ke sini dan bangunkan kampung anda sendiri. Dan sebagai ketua kampung, anda berkuasa penuh menentukan cara kampung anda dibangunkan... keutamaan pembangunan... dan juga kawan dan lawan. Perlu diingatkan, permainan maya ini terus berjalan meskipun anda tidur atau tidak login (offline). Jadi, janganlah hairan jika anda kehilangan banyak sumber, hasil atau tentera anda jika anda tidak online yer.... Apa kata anda layari laman Travian untuk lihat dan alami sendiri. Kunjungi http://www.travian.com.my/?uc=my3_822 sekarang!!!

Oh... lupa saya nak sebutkan di sini... laman Travian juga telah membuka 3 server untuk pemain-pemain dari Malaysia berkampung. Jadi jika anda mendaftar di server #1, anda tidak boleh menyerang kampung-kampung di server #2 dan #3. Sebenarnya saya dah sertai Travian di server 1 dan server 2 dulu, tapi kini lebih menumpukan perhatian pada kampungku di server 3. Banyak kenangan pahit manis di sever 1 dan 2 dahulu... tapi kini di server 3, saya lebih ke arah melihat kemampuan untuk bertahan di alam Travian selama yang boleh TANPA menyertai mana-mana gabungan (ally). Jika dah tahap kritikal, mungkin akan berubah polisi saya nih... heheheeh... tiada yang kekal di dunia ini.

Berikut adalah profil saya di Travian (server 3):

Setakat artikel ini ditulis (jam 12.30pm), seramai 9 728 pemain telah berdaftar di server 3 sahaja!!! Jadi, anda dijemput menyertai kami dan alami sendiri kesusahan dan keseronokan memimpin sebuah kampung - jangan asyik nak kutuk ketua kampung anda sendiri jer yerr... hehehehee...

Mungkin di lain kali saya akan ceritakan perihal "musuh" saya di server 3 nih pula ;) Walaupun belum berutus-surat (iya - anda boleh kirim surat kepada pemain-pemain lain) dengan "musuh" saya ini... tapi kehadirannya memberi sedikit cabaran menempuhi liku-liku perjalanan di server 3 ini. Manakan tidak, dia sebahagian dari Persekutuan yang sekarang berada di tangga ke 4 di server 3!!! Bayangkan, bagaimana sukarnya saya yang serba kekurangan dan bersendirian menghadapi serangan-serangan tidak putus-putus "beliau" setiap hari. Cuma saya berharap dia tidak menggunakan mesin-mesin pemusnah dia jer kat kampung... Kes buli nih... huhuhu.

No comments :

Post a Comment