Aku Dan X...: Aku Dan Travian - Diserang !!!

Waktu Malaysia



Page Hits :

Friday, March 6, 2009

Aku Dan Travian - Diserang !!!

Kampungku diserang!!!

Hehehe... sepatutnya kita tidak panik jika diserang sewaktu bermain Travian. Ini adalah kerana ianya telah menjadi lumrah setiap pemain di sini. Sekalipun anda mahu menjadi seorang pemain dan jiran yang baik dalam Travian, anda akan diserang juga oleh pemain-pemain lain. Tujuan utama mereka menyerang kampung anda ialah untuk mendapatkan (merampas) sumber-sumber dari kampung anda yang tidak berada dalam gua-gua anda. Gua adalah tempat untuk anda menyorokkan sumber-sumber anda dari dirampas. Setelah gua anda mencapai tahap maksima, iaitu di peringkat 10, anda boleh membina gua-gua yang berikutnya.
Kesimpulan mudahnya...
Anda mesti menyerang, kerana anda pasti akan diserang ;)

Ini adalah contoh laporan aktiviti serangan oleh 'jiran terdekat a.k.a musuh ketat' saya tu... Walaupun saya telah berjaya membunuh kesemua 61 askar perompak tersebut, saya telah kehilangan 15 Kesatria Santo (askar berkuda) saya yang gagah lagi mahal untuk di sediakan.

Sebenarnya serangan ini dapat dielakkan - gua-gua saya masih mampu untuk menyorokkan sumber-sumber saya, tetapi ianya berlaku ketika saya 'offline a.ka. tidur' jadi ianya tidak dapat dielakkan. Apakan daya. Tidak ada butang simpan atau 'save' dalam Travian. Tidak ada juga butang semula atau 'undo'. Ianya berlaku dalam masa sebenar - 'in real time'. Sedikit kelekaan telah membawa kerugian besar kepada saya. Asalnya saya memang bercadang untuk menghantar kuda-kuda saya untuk menyerang perkampungan yang jauh dari kampung saya, tetapi ini tidak dapat dilaksanakan gara-gara saya ter zZZ...

No comments :

Post a Comment