Aku Dan X...: The Eagle - berita terkini terus di komputer anda.

Waktu Malaysia



Page Hits :

Thursday, October 29, 2009

The Eagle - berita terkini terus di komputer anda.


Anda tentu pernah terjumpa logo seperti ini sewaktu anda melayari laman-laman sesawang (website) di Internet kan? Tapi tahukah anda apa maksud logo dan apakah fungsinya? Jika tidak tahu dan ingin tahu, sila baca lebih lanjut...



Logo-logo tersebut membawa maksud "RSS" atau "Really Simple Syndication" yang digunakan bagi memaklumkan berita atau kandungan terkini seperti catatan blog terbaru, tajuk berita mutakhir, kandungan website atau podcasts. Ianya seperti "Berita Terkini TV3" versi Internet ;)= tapi tanpa pembaca beritanya. Anda perlukan perisian (software) khusus untuk mendapatkan berita terkini melalui RSS yang dikenali sebagai "pembaca RSS", "pembaca penyuap (feed reader)" atau "aggregator". Anda boleh temui banyak versi "feed reader" di Internet dan "The Eagle" adalah salah satu darinya.


Pada asasnya, The Eagle digunakan untuk mendapatkan berita-berita dan perkembangan terkini mengenai "English Premier League" atau EPL. Anda boleh memilih untuk mengekalkan "feed" untuk EPL atau tidak - terpulang kepada anda. The Eagle adalah percuma, mudah dan mempunyai "interface" yang agak menarik. Saya akan menceritakan fungsi-fungsi setiap komponen yang terdapat dalam perisian ini selepas ini.

The Eagle mempunyai tiga (3) komponen utama iaitu Alert, Feed (message) Browser dan News Ticker.

1) Alert

Alert akan muncul di skrin komputer anda (berserta bunyi yang unik) jika terdapat berita-berita terkini dari sumber RSS yang anda telah tetapkan. Ia akan memaparkan sedutan berita terkini tersebut, dan anda boleh menekan (click) kepada berita tersebut untuk berita lengkap dari sumber RSS itu. Anda juga boleh menekan butang "Full Story". Alert akan hilang sendiri selepas beberapa detik atau anda boleh menekan butang "X".


2) Feed (message) Browser

Feed (message) Browser memaparkan berita-berita terkini dari sumber RSS yang anda telah tetapkan dalam satu tetingkap (window).




3) Ticker
Ticker bertindak seperti "news scoller" di komputer anda. Anda boleh mengubah kedudukan Ticker di skrin anda mengikut kemahuan anda sama ada di tepi, di atas atau di bahagian bawah (seperti gambar di bawah).






Ticker mempunyai 4 pilihan iaitu:
 "Type" - feed muncul seperti di taip dengan mesin taip (typewriter)
 "Fade" - feed muncul dan  hilang (kabur)
 "Horizontal" - feed bergerak dari kiri ke kanan (scroll)
"Vertical" -  feed bergerak dari bawah ke atas


Pilihan untuk The Eagle boleh didapati dengan klik kanan (right click) ikon The Eagle di taskbar (di tepi jam).

Klik "Options" untuk lebih pilihan.







Anda boleh menetapkan sumber RSS anda di sini (tekan tab "My Feeds"). Anda juga boleh menetapkan feed itu dipaparkan di Ticker atau Alert atau kedua-duanya sekali.














Anda boleh dapat link sumber RSS di sini:


Contoh feed RSS:

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/RSS/rss?mysec=Mutakhir
http://feeds.feedburner.com/filehippo?format=xml

Anda juga boleh memasukkan RSS dari blog pilihan anda, misalnya RSS blog ini ialah seperti berikut:

http://aku-dan-x.blogspot.com/feeds/posts/default

Anda boleh memuat turun (download) perisian ini di sini atau melayari laman web rasmi The Eagle di sini.
Adalah di ingatkan perisian ini memerlukan sambungan ke Internet untuk terus berfungsi untuk mendapatkan berita-berita terkini dari sumber-sumbernya.

No comments :

Post a Comment