Logo-logo tersebut membawa maksud "RSS" atau "Really Simple Syndication" yang digunakan bagi memaklumkan berita atau kandungan terkini seperti catatan blog terbaru, tajuk berita mutakhir, kandungan website atau podcasts. Ianya seperti "Berita Terkini TV3" versi Internet ;)= tapi tanpa pembaca beritanya. Anda perlukan perisian (software) khusus untuk mendapatkan berita terkini melalui RSS yang dikenali sebagai "pembaca RSS", "pembaca penyuap (feed reader)" atau "aggregator". Anda boleh temui banyak versi "feed reader" di Internet dan "The Eagle" adalah salah satu darinya.
The Eagle mempunyai tiga (3) komponen utama iaitu Alert, Feed (message) Browser dan News Ticker.
1) Alert
2) Feed (message) Browser
3) Ticker
Ticker bertindak seperti "news scoller" di komputer anda. Anda boleh mengubah kedudukan Ticker di skrin anda mengikut kemahuan anda sama ada di tepi, di atas atau di bahagian bawah (seperti gambar di bawah).
Ticker mempunyai 4 pilihan iaitu:
"Type" - feed muncul seperti di taip dengan mesin taip (typewriter)
"Fade" - feed muncul dan hilang (kabur)
"Horizontal" - feed bergerak dari kiri ke kanan (scroll)
"Vertical" - feed bergerak dari bawah ke atas
Klik "Options" untuk lebih pilihan.
Anda boleh menetapkan sumber RSS anda di sini (tekan tab "My Feeds"). Anda juga boleh menetapkan feed itu dipaparkan di Ticker atau Alert atau kedua-duanya sekali.
Anda boleh dapat link sumber RSS di sini:
Contoh feed RSS:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/RSS/rss?mysec=Mutakhir
http://feeds.feedburner.com/filehippo?format=xml
Anda juga boleh memasukkan RSS dari blog pilihan anda, misalnya RSS blog ini ialah seperti berikut:
http://aku-dan-x.blogspot.com/feeds/posts/default
Anda boleh memuat turun (download) perisian ini di sini atau melayari laman web rasmi The Eagle di sini.
Adalah di ingatkan perisian ini memerlukan sambungan ke Internet untuk terus berfungsi untuk mendapatkan berita-berita terkini dari sumber-sumbernya.