Aku Dan X...: Avant Browser - Browser pilihan Kupang (Bhg 2)

Waktu Malaysia



Page Hits :

Thursday, August 13, 2009

Avant Browser - Browser pilihan Kupang (Bhg 2)

Di bahagian kedua ini, saya akan menerangkan beberapa lagi fungsi unik untuk browser ini. Pastikan anda telah membaca Bahagian 1 terlebih dahulu. Jika belum, sila klik Ke Bahagian 1.


Real Full Screen Mode (F11) dan Alternative Full Desktop (F12) mode

Jika anda sudah memasang (instal) Avant browser di komputer anda, cubalah layari Internet seperti biasa dengan memasukkan alamat (URL) di ruang yang disediakan dan tekan kekunci ENTER pada papan kekunci (keyboard) anda. Apabila sudah siap "loading" laman web tersebut, anda boleh menekan kekunci (key) F11 di keyboard anda. Ini akan mengaktifkan mode Full Screen, yang akan memenuhkan keseluruhan skrin anda dengan paparan laman web tersebut! Kekunci F11 ini juga dapat digunakan untuk Chrome dan Internet Explorer 8 tetapi dengan hasil yang agak berbeza. Untuk kembali ke asal, tekan F11.

Kekunci F12 akan mengaktifkan mode Full Desktop. Tidak seperti mode Full Screen, mode ini mengekalkan "taskbar" Windows pada paparan skrin komputer anda. Untuk keluar mode ini, tekan sekali lagi F12.

Fungsi "Save As Image"

Terdapat 3 pilihan untuk anda menyimpan paparan laman web yang tertera di skrin komputer anda ke dalam komputer atau storan anda (seperti thumbdrive atau pendrive):


Save Screen as Image akan menyimpan paparan skrin yang kelihatan sahaja.

Save Current Page as Image akan menyimpan keseluruhan muka laman web.

Save Selected Region as Image akan menyimpan sebahagian daripada laman web yang anda telah pilih (lihat di bawah). Untuk menyimpan bahagian laman web yang dikehendaki, setelah menu ini dipilih, cursor akan bertukar menjadi bentuk palang, dan anda bolehlah memilih bahagian mana yang anda kehendaki. .

Save Selected Region as Image
Selepas pilihan telah dibuat (highlight seperti gambar di sebelah), anda boleh mengalihkan kotak itu atau mengubah saiz dan kedudukannya - jika perlu. Jika sudah berpuas hati dengan pilihan anda, anda bolehlah menekan butang tetikus dua kali (double click) untuk menyimpannya. Tekan butang ESC di keyboard anda untuk keluar dari mode ini

Fungsi "New Avant Browser"

New Avant Browser

Menu ini akan membenarkan Avant melancarkan satu lagi browser yang baru untuk kegunaan anda. Tidak ada "shortcut key" untuk menu ini. Anda harus memilih dari menu File di browser tersebut.

Fungsi Autofill

Autofill berfungsi untuk menyimpan maklumat login, seperti nama pengguna (username) dan kata laluan (password) di laman-laman web yang di lawati. Ianya tidak disyorkan jika anda menggunakan komputer yang bukan milik anda dan/atau berkongsi komputer. Untuk lebih selamat, digalakkan mendaftar (sign-up) dengan "Online Storage" Avant di mana Autofill dan Bookmarks anda akan disimpan secara online dan boleh di akses di mana-mana komputer yang menggunakan browser Avant setelah mendaftar masuk (sign-in) dengan Online Storage Avant.


---------------
Berminat untuk mencuba browser ini? Sila klik di sini.

Avant Browser 11.7 Build 36 hanya 1.97MB!!! Kecil tapi mantap ;)=

1 comment :