
Apapun, fokus utama "posting" kali ini adalah untuk membawakan pembaca satu fenomena yang "terlepas pandang" dalam kancah bolasepak di negara kita. Bukan soal mutu pengadilan yang sentiasa dipertikaikan, atau soal kualiti pemain dan pihak pengurusan pasukan-pasukan yang bertanding, jauh sekali untuk membincangkan isu rusuhan atau keganasan samseng bolasepak di Malaysia, tetapi tulang belakang dalam penganjuran Liga Malaysia iaitu pihak FAM dan media yang bersikap acuh tak acuh dalam penganjuran liga bolasepak tempatan.
Tajuk "posting" saya mungkin menimbulkan kekeliruan anda. Perlawanan yang saya maksudkan ialah perlawanan Liga Super antara Kedah dan Negeri Sembilan di Stadium Darulaman pada Selasa, 16 Jun 2009. Perlawanan itu telah dimenangi oleh Sang Kenari dengan keputusan 3-1. Ye ke??? Aikkk... kenapa "ye ke" lakk... bukan ke pengadil dah meniupkan wisel penamat, dan perlawanan pun dah tamat kira-kira 24 jam yang lalu?
Sila lanjutkan bacaan anda.
Ianya bergantung kepada laporan media mana yang anda baca atau tonton selepas perlawanan itu. Saya ikuti Buletin Sukan di TV1 pada jam 1.30 tengah hari. Buletin itu dengan jelas melaporkan perlawanan itu telah dimenangi Kedah dengan keputusan 3-1, berserta video jaringan-jaringan yang dihasilkan oleh kedua-dua pasukan. Tidak lama selepas itu, seperti biasa saya ke kedai runcit untuk membeli surat khabar harian selepas mengambil anak buah saya di sekolah. Kali ini saya membeli KOSMO! Diruang sukan KOSMO! dilaporkan Kedah telah memenangi perlawanan itu dengan 3-0! Sila lihat keratan akhbar itu di bawah:
170609+-+Kosmo!.jpg)
Sila lanjutkan bacaan anda.
Saya ke laman Berita Harian...
170609+-+BH.jpg)
170609+-+star.jpg)
Saya tertanya-tanya kenapa dan bagaimana ini boleh terjadi. Mungkin sekadar "misprint" atau salah cetak, tetapi harus diingat, ini melibatkan kredibiliti atau keboleh percayaan pengamal-pengamal media terbabit. Sesuatu berita atau laporan sudah semestinya ditapis, diselidik beberapa kali sebelum dikeluarkan kepada umum. Akankah ada "RALAT" di surat-surat khabar yang berkenaan esok hari? Rasanya mungkin tidak...
Nak tahu lagi satu fakta yang mengejutkan?? Sila lanjutkan bacaan anda, atau berhenti minum kopi dahulu...
Seperti mana yang semua ketahui, FAM atau Persatuan Bolasepak Malaysia adalah satu-satunya badan yang mengawal selia perjalanan setiap perlawanan bolasepak di Malaysia dari persatuan bolasepak negeri-negeri hinggalah ke kelab-kelab bolasepak seluruh negara. Satu badan yang begitu penting seharusnya berusaha sedaya upaya dari segala segi untuk memajukan dan membangunkan bolasepak di Malaysia. Sebenarnya, fungsi utama FAM yang para peminat bolasepak di Malaysia mahukan adalah untuk memulihkan semula imej Malaysia dalam kancah bolasepak peringkat atas, seperti yang pernah dikecapi pada zaman Allahyarham Mokhtar Dahari dan Ghani Minhat dulu. Walau bagaimanapun, aspek promosi atau perhubungan awam (PRO) juga perlu dipandang berat oleh FAM. Penganjuran mana-mana kejohanan liga pastinya melibatkan dana yang besar, yang datangnya dari peminat-peminat yang datang ke stadium, para penaja dan juga sumbangan dari pihak kerajaan.
Salah satu medium promosi adalah melalui Internet. FAM seperti mana-mana badan sukan, kerajaan atau korporat juga mempunyai laman sesawangnya sendiri untuk melaporkan aktiviti-aktiviti bolasepak negara, bukan sahaja untuk rakyat Malaysia di tanah air, tetapi juga untuk mereka yang mahu mengetahui perkembangan terkini kancah bolasepak Malaysia walau dimana mereka berada. Sudah pastinya mereka memerlukan berita yang terkini dan boleh dipercayai. Malangnya, laman web FAM dikemaskinikan bagaikan "melepaskan batuk ditangga".
170609+-+FAM.jpg)

Rasanya tidak salah jika kita membuat kesimpulan yang ringkas, antara faktor kelesuan bolasepak Malaysia adalah kerana sikap acuh tak acuh pihak media tempatan melaporkan dan mempromosikan liga tempatan dan juga kurangnya komitmen FAM memastikan kerancakkan liga tempatan dan juga menaikkan martabat dan maruah bolasepak negara yang telah sekian lama dipandang sepi oleh bukan sahaja pesaing-pesaing serantau, malah oleh sebahagian besar rakyat Malaysia kerana prestasi yang kurang memberangsangkan.
Pautan:
FAM
Keputusan "TERKINI" Liga Super 2009 FAM
Laporan KOSMO!
Laporan The Star
Laporan Berita Harian
Laporan BERNAMA
No comments :
Post a Comment