Aku Dan X...: June 2009

Waktu Malaysia



Page Hits :

Sunday, June 28, 2009

Aku Dan Drama Jepun

My Top 5 Japanese Drama:

1. Atashinchi No DanshiAtashinchi no Danshi (COMPLETED - 11 Episodes)
These days, the term “homeless” has taken on new meaning. There are youths referred to as “net cafe refugees,” who have neither a job nor a place to live, but who find themselves hopping around internet cafes. One such refugee is a 20-year-old girl named Chisato, who lost her mother at a young age due to sickness. She spent her youth trying to escape from the huge debt her father left her, and her battle with the repossessors unfolded every night. However, her life changed after meeting one man named Shinzo, changing her views on the meaning of “family.” Shinzo comes from a rich family tracing back to the Edo period, and he adopted six good-looking sons with the hope of one becoming his successor, but all of them have strange personalities. Shinzo promises to free Chisato from her debt if she marries him and becomes the mother of his sons. However, a life with these six guys under one roof will not go smoothly.
Drama ini tidak ada kaitan langsung dengan anime (kartun) Atashinchi macam dalam TV3 tu. Jika berminat untuk download versi RAW (tiada subtitle, kualiti video dan audio yang terbaik), sila klik sini.[Download dari MEDIAFIRE]. Untuk subtitle (English) sila download di sini.

Watch ONLINE here: http://www.dramacrazy.net/v/japanese-drama/atashinchi-no-danshi


2. mrbrainMr. Brain (Current : Episode 5 -RAW)
Tsukumo Ryusuke is neuroscientist working for the National Research Institute of Police Science (part of the National Police Agency). He is generally incapable of reading the atmosphere of a situation, but when it comes to science, he is well respected. Whenever something catches his interest, he thoroughly sticks to it and never gives up, chasing down the criminals with certainty.

Watch ONLINE here: http://www.dramacrazy.net/v/japanese-drama/mr-brain


3. Hyoryu Net CafeHyoryu Net Cafe (Current : Episode 6)
It all started with a net cafe.Toki Koichi is a soon-to-be father leading a complacent life. One day, he happens to stop by an internet cafe, and there he bumps into Kaho, his first love from his junior high school days. Having just fought with his wife, Koichi’s heart is filled with his old feelings. All of a sudden, a strange wave flows through the computers and cell phones in the net cafe, and the entire place blacks out. Unable to leave safely, both Koichi and Kaho stay overnight at the net cafe. The next morning, when they step outside, they find the world is completely different. Where are they and how can they get back home?

Watch ONLINE here: http://www.dramacrazy.net/v/japanese-drama/hyoryu-net-cafe


4. bossBoss (Current : Episode 4)
This series revolves around a group of peculiar detectives in a new division created to fight against an increase in atrocious crimes. Osawa Eriko is a beautiful career woman who has just returned from training in the U.S. and is appointed as the ‘boss’ of this division. But despite her intelligence and capabilities, she can never understand a man’s heart, so she remains unable to find a husband. In fact, her assignment in the U.S. was really a demotion after she ruined her career track over a man. So why was she chosen as the boss of the new division? Even though the detectives are talented, they all have some kind of issue or flaw, and they are considered to be the “problem children” of the police force. In the end, the division’s true purpose is just to isolate these problematic detectives.

Watch ONLINE here: http://www.dramacrazy.net/v/japanese-drama/boss


5. bambinoBambino! (COMPLETED - 11 Episodes)
A drama adaptation of a popular comic written by Sekiya Tetsuji. After a year of working at a neighborhood Italian restaurant, Ban Shogo (Matsumoto Jun), an enthusiastic, cocky young college student from Fukuoka, comes to Tokyo to perfect his cooking skills as a chef in Italian cuisine. He discovers he has much to learn and has to continually prove himself to the very competitive, quick and efficient staff at the upscale Italian restaurant.

Watch ONLINE here: http://www.dramacrazy.net/v/japanese-drama/bambino

Wednesday, June 17, 2009

1 perlawanan 3 keputusan - Liga Super 2009

Liga Super - KedahTerlebih dahulu tahniah kepada Skuad Liga Super Kenari yang telah membenam Skuad Hoben Jang Hoben Negeri Sembilan untuk merampas tempat ketiga dalam carta liga. Kemenangan yang amat berharga setelah beraksi hambar dalam liga kebelakangan ini kerana kecederaan dan keletihan menggalas tugas mewakili Malaysia di Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Tahniah juga kepada Skuad Hijau Kuning kerana telah layak ke pusingan kedua di kejohanan tersebut. Harus diingat, skuad kali ini adalah skuad 100% pemain tempatan, dan kebanyakannya adalah pemain-pemain muda tanpa seorang pun pemain import dari luar negara. Rata-rata pasukan dalam kejohanan AFC tersebut diwakili oleh pemain-pemain berpengalaman dan turut dibarisi pemain-pemain import yang berkaliber.

Apapun, fokus utama "posting" kali ini adalah untuk membawakan pembaca satu fenomena yang "terlepas pandang" dalam kancah bolasepak di negara kita. Bukan soal mutu pengadilan yang sentiasa dipertikaikan, atau soal kualiti pemain dan pihak pengurusan pasukan-pasukan yang bertanding, jauh sekali untuk membincangkan isu rusuhan atau keganasan samseng bolasepak di Malaysia, tetapi tulang belakang dalam penganjuran Liga Malaysia iaitu pihak FAM dan media yang bersikap acuh tak acuh dalam penganjuran liga bolasepak tempatan.

Tajuk "posting" saya mungkin menimbulkan kekeliruan anda. Perlawanan yang saya maksudkan ialah perlawanan Liga Super antara Kedah dan Negeri Sembilan di Stadium Darulaman pada Selasa, 16 Jun 2009. Perlawanan itu telah dimenangi oleh Sang Kenari dengan keputusan 3-1. Ye ke??? Aikkk... kenapa "ye ke" lakk... bukan ke pengadil dah meniupkan wisel penamat, dan perlawanan pun dah tamat kira-kira 24 jam yang lalu?

Sila lanjutkan bacaan anda.

Ianya bergantung kepada laporan media mana yang anda baca atau tonton selepas perlawanan itu. Saya ikuti Buletin Sukan di TV1 pada jam 1.30 tengah hari. Buletin itu dengan jelas melaporkan perlawanan itu telah dimenangi Kedah dengan keputusan 3-1, berserta video jaringan-jaringan yang dihasilkan oleh kedua-dua pasukan. Tidak lama selepas itu, seperti biasa saya ke kedai runcit untuk membeli surat khabar harian selepas mengambil anak buah saya di sekolah. Kali ini saya membeli KOSMO! Diruang sukan KOSMO! dilaporkan Kedah telah memenangi perlawanan itu dengan 3-0! Sila lihat keratan akhbar itu di bawah:

keratan KOSMO!Ini benar-benar mengelirukan. Maka saya menggunakan Internet untuk mencari fakta. Hasilnya cukup mengejutkan. Nak tahu?

Sila lanjutkan bacaan anda.

Saya ke laman Berita Harian...

keratan Berita Harian2-1 pulak dahhh....hehehe. Yang anehnya, dalam laporan itu dengan jelas di catatkan 3 gol yang dijaringkan oleh pemain-pemain Kedah. Laporan ini juga menimbulkan persoalan, jika diambil dari perspektif laporan KOSMO! tadi. Pasukan Kedah ketinggalan 1-0 kepada Negeri Sembilan. Bagaimana pula dalam KOSMO! dilaporkan Kedah menang 3-0? Pelik....tapi segalanya sudah tercatat di dada akhbar dan juga di KOSMO! Online.

Keratan BERNAMABingung, saya ke laman The Star dan BERNAMA. Kedua-dua laman melaporkan keputusan yang sama dengan laporan Buletin Sukan RTM TV1 yang saya nyatakan awal tadi. Kedah menang perlawanan itu dengan 3-1.Keratan The Star

Saya tertanya-tanya kenapa dan bagaimana ini boleh terjadi. Mungkin sekadar "misprint" atau salah cetak, tetapi harus diingat, ini melibatkan kredibiliti atau keboleh percayaan pengamal-pengamal media terbabit. Sesuatu berita atau laporan sudah semestinya ditapis, diselidik beberapa kali sebelum dikeluarkan kepada umum. Akankah ada "RALAT" di surat-surat khabar yang berkenaan esok hari? Rasanya mungkin tidak...

Nak tahu lagi satu fakta yang mengejutkan?? Sila lanjutkan bacaan anda, atau berhenti minum kopi dahulu...

Seperti mana yang semua ketahui, FAM atau Persatuan Bolasepak Malaysia adalah satu-satunya badan yang mengawal selia perjalanan setiap perlawanan bolasepak di Malaysia dari persatuan bolasepak negeri-negeri hinggalah ke kelab-kelab bolasepak seluruh negara. Satu badan yang begitu penting seharusnya berusaha sedaya upaya dari segala segi untuk memajukan dan membangunkan bolasepak di Malaysia. Sebenarnya, fungsi utama FAM yang para peminat bolasepak di Malaysia mahukan adalah untuk memulihkan semula imej Malaysia dalam kancah bolasepak peringkat atas, seperti yang pernah dikecapi pada zaman Allahyarham Mokhtar Dahari dan Ghani Minhat dulu. Walau bagaimanapun, aspek promosi atau perhubungan awam (PRO) juga perlu dipandang berat oleh FAM. Penganjuran mana-mana kejohanan liga pastinya melibatkan dana yang besar, yang datangnya dari peminat-peminat yang datang ke stadium, para penaja dan juga sumbangan dari pihak kerajaan.

Salah satu medium promosi adalah melalui Internet. FAM seperti mana-mana badan sukan, kerajaan atau korporat juga mempunyai laman sesawangnya sendiri untuk melaporkan aktiviti-aktiviti bolasepak negara, bukan sahaja untuk rakyat Malaysia di tanah air, tetapi juga untuk mereka yang mahu mengetahui perkembangan terkini kancah bolasepak Malaysia walau dimana mereka berada. Sudah pastinya mereka memerlukan berita yang terkini dan boleh dipercayai. Malangnya, laman web FAM dikemaskinikan bagaikan "melepaskan batuk ditangga".keratan FAMKeputusan Liga Super yang sedang rancak semula dilangsungkan hanya dikemaskini pada 21 Mac 2009! Sudah hampir 3 bulan berlalu, belum dikemaskini? Adakah laman web suatu badan yang gah di Malaysia, dan dimata dunia kerana "pengurusan bolasepak bertaraf antarabangsa" mengupah golongan amatur, separuh masa untuk mengemaskini laman web mereka? Saya tidak mahu mengulas panjang, tetapi, pautan di ruangan "sponsor" atau penaja juga mencerminkan sikap acuh tak acuh FAM dalam hal ini.penaja FAMPautan ke laman web RTM, jika diklik akan membawakan kita ke satu laman yang tidak dapat dimasuki. Ini kerana pihak RTM telah menggantikan atau menghentikan laman http://www.rtm.net.my yang masih terdapat di laman web FAM (sehingga blog ini ditulis) ke laman http://www.rtm.gov.my. Jika anda penaja atau rakan kongsi, mahukah anda dinafikan "kewujudan" anda? Apakah gunanya menaja atau sebagai rakan kongsi jika anda dinafikan hak untuk mempromosikan diri anda?

Rasanya tidak salah jika kita membuat kesimpulan yang ringkas, antara faktor kelesuan bolasepak Malaysia adalah kerana sikap acuh tak acuh pihak media tempatan melaporkan dan mempromosikan liga tempatan dan juga kurangnya komitmen FAM memastikan kerancakkan liga tempatan dan juga menaikkan martabat dan maruah bolasepak negara yang telah sekian lama dipandang sepi oleh bukan sahaja pesaing-pesaing serantau, malah oleh sebahagian besar rakyat Malaysia kerana prestasi yang kurang memberangsangkan.

Pautan:
FAM
Keputusan "TERKINI" Liga Super 2009 FAM
Laporan KOSMO!
Laporan The Star
Laporan Berita Harian
Laporan BERNAMA