Aku Dan X...: July 2009

Waktu Malaysia



Page Hits :

Sunday, July 12, 2009

Aku Dan Celcom Blue

Bertukar...Ni Rita Rudaini nih, xder kaitan dengan aku...hehehe
Logo Celcom BluePagi ini, dengan rasminya saya menjadi pelanggan Celcom Blue. Sebelum ini, saya adalah pengguna Celcom Xpax. Sudah lama guna Xpax, jadi ingin bertukar angin...hehehee... Sebenarnya sebab yang utama saya bertukar ke plan Celcom Blue ialah ingin menggunakan "tempoh sah kredit 1 tahun (RM30)" dalam plan Celcom Blue tu... Oh ya, lupa nak sebutkan di sini, saya jarang-jarang guna talian Celcom kerana lebih menggunakan Maxis (Hotlink), tapi saya tak mahu matikan talian Celcom ni. Dalam masa yang sama, saya tak mahu tambah nilai setiap kali Celcom Xpax saya kehabisan tempoh sah kredit, walaupun kredit masih banyak tak digunakan... Jadi rasanya, pilihan terbaik untuk saya ialah bertukar ke Celcom Blue.
NOTA : Jika bertukar plan, semua bonus Xpax akan ditamatkan. Jika anda masih sayangkan Bonus 7 Hari Panggilan Percuma sewaktu Hari Lahir anda, jangan laaa bertukar yer...
Walaupun saya kehilangan bonus tersebut, saya rasa masih berbaloi sebab tak ramai pun kenalan saya yang guna Celcom. Hehehee... Hari lahir (bulan Jun) yang lepas saya hanya guna 2 atau 3 hari je panggilan percuma tersebut. Takkan le nak ganggu member-member kita setiap hari, siang malam selama seminggu hehee...lagipun saya bukan jenis cakap banyak.

Jadi, terpulang kepada anda untuk bertukar atau tidak. Jika mahu bertukar, saya sertakan cara-caranya.

Untuk migrate atau bertukar dari "Celcom Xpax" ke "Celcom Blue",
- taip MIG BLUE dan hantar ke 28882.

Anda akan dapat mesej (SMS) seperti berikut (hampir serta-merta):

Terima kasih krn memilih pelan Celcom Blue! Kini anda dpt menikmati kadar pgglan rata 15 sen/min & 1 sen/SMS ke 20 nombor dlm rangkaian Celcom.
Semua bonus Xpax akan ditamatkan. Tempoh Langganan & Kredit Pggln shj dibawa. Taip MIG YES utk bertukar atau MIG NO utk pembatalan & htr ke 28882 dlm masa 15min.
Taip pilihan anda YES/NO.

Jika anda hantar jawapan YES, anda akan terima SMS pengesahan seperti berikut:
Peralihan ke pelan Celcom Blue telah berjaya. Baki terkini utk 01xxxxxxxx pd xx/xx/xx xx:xx:am: Kredit Panggilan RMxx.xx & sah sehingga xx/xx/xxxx
SELESAI!!! Anda telah berjaya bertukar menjadi biru... hehehee

Bagaimana nak dapatkan tempoh sah kredit 1 tahun (RM30) ???
- Pastikan baki dalam prabayar anda ada lebih daripada RM30.

Untuk tempoh sah kredit 1 tahun (RM30)
- hantar "EXP1" ke 28882

Untuk tempoh sah kredit 2 tahun (RM50)
- hantar "EXP2" ke 28882

Selepas kirim EXP1, anda akan dapat SMS ini:
Kredit Panggilan sebanyak RM30 akan ditolak drpd akaun anda.Jika anda bersetuju,sila taip EXP YES atau jika tidak bersetuju,taip EXP NO & hantar ke 28882
Selepas kirim EXP YES, anda akan terima SMS pengesahan seperti berikut:
TEMPOH KREDIT: Anda sekarang boleh menikmati tempoh kredit selama 1 tahun mulai hari ini. RM30 telah ditolak dr akaun anda.
TEMPOH KREDIT: Pastikan anda menambah nilai minimum RM30 dlm tempoh 6 bulan bermula hari ini utk mengekalkan tempoh kredit tambahan anda.
SELESAI... Sekarang anda cuma perlu tambah nilai minimum RM30 dlm tempoh 6 bulan bermula hari ini utk mengekalkan tempoh kredit tambahan anda (CONTOH: tambah nilai minima RM5 setiap bulan untuk 6 bulan berikut - 6xRM5=RM30)